Thursday 1 August 2013

Majlis penyerahan sumbangan Program Yayasan Bina Upaya

28 Julai 2013, Ahad Jam 9 pagi telah diadakan Majlis penyerahan sumbangan bagi Program Yayasan Bina Upaya (YBU). Sebanyak 10 buah kampung yang terlibat dan seramai 49 orang penduduk kampung telah dikenal pasti oleh ketua kampung yang layak untuk menerima seumbangan tersebut. Antara kampung yang terlibat ialah Kroh Hilir, Paya Lintah, Laneh, Changkat Gohar, Paya Panjang, Gapis, Taman Sri Permai, Kampung Stor, Kampung Lalang, dan Kampung Buaia. Penyerahan sumbangan telah diberikan sendiri oleh YB Dato Siti Salmah Mat Jusak ADUN kawasan Lubok Merbau dan disaksikan oleh Ketua-Ketua Kampung masing-masing.

Suasana sekitar majlis penyerahan sumbangan YBU:










ok, itulah serba sedikit gambaran sewaktu Majlis penyerahan sumbangan YBU kepada penduduk kampung yang layak menerima bantuan.

Selepas selesai je majlis tersebut kami terus ke pejabat untuk menyediakan goodies bag dan lain-lain kelengkapan untuk majlis berbuka puasa di Kolej Komuniti Chenderoh bersama anak-anak yatim pada sebelah petangnya pula. YB Dato Siti Salmah Mat Jusak ada memberi sedikit sumbangan kepada penganjur (Kolej Komuniti) yang berbentuk wang serta barangan bagi menjayakan program tersebut. Jadi, kami beramai-ramai menyiapkanlah barangan sumbangan yang berupa goodies bag lebih kurang untuk 300 orang termasuk tetamu dan anak-anak yatim.

Ni la rupanya semasa menyiapkan barang sumbangan:









Selesai sudah dengan persiapan barang-barang sumbangan seterusnya persiapan untuk ke Program Ihya Ramadhan pula di Kolej Komuniti Chenderoh.

Suasana semasa berlangsungnya Program Ihya Ramadhan di Kolej Komuniti Chenderoh:













Sekian, terima kasih. ^.^

No comments:

Post a Comment