Saturday 27 July 2013

Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Peladang Negeri Perak Bersama Anak-Anak Yatim

25 JULAI 2013 (Khamis) telah diadakan Majlis  Berbuka Puasa Pertubuhan Peladang Negeri Perak Bersama Anak-Anak Yatim.

Berikut sedikit bingkasan mengenai majlis tersebut:








Majlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang

24 JULAI 2013 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang bertempat di Majlis Al-Hadri Padang Rengas anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak. Antara tetamu yang hadir adalah Yb Dato Siti Salmah Mat Jusak (ADUN Lubok Merbau), Tn Hj Muhamad Aszahari Bin Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak), Penghulu-penghulu kampung dan para penerima sumbangan.

Berikut adalah suasana sekitar majlis berlangsung:









Friday 26 July 2013

Lapor Diri di DUN Lubok Merbau

Pada 19/07/2013 saya ke DUN Lubok Merbau untuk melapor diri dan meninjau penginapan sepanjang berkhidmat. Dari Simpang Pulai ke Lubok Merbau mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jadi, atas bantuan YB Dato Siti Salmah Mat Jusak bersama pegawai khas beliau iaitu En. Bob mereka telah mendapatkan penempatan untuk saya. Alhamdulilah, penempatan dekat je dengan pusat khidmat, berjalan kaki ambil masa 5 minit je nak ke pejabat.

Setibanya di sana saya sempat berkenalan dengan beberapa orang staff dan mereka menerangkan sedikit sebanyak tentang skop kerja. Malangnya, pada hari tu saya tak dapat berjumpa dengan YB Dato sebab beliau berada di luar kawasan atas urusan kerja. Saya diarahkan untuk menjalankan tugas pada hari Isnin (22/7/2013).

YB Dato Siti Salmah Mat Jusak, ADUN kawasan Lubok Merbau, Padang Rengas.
Gambar di atas adalah gambar YB Dato Siti Salmah Mat Jusak, in my personal view beliau seorang yang peramah dan mudah mesra dengan rakyat. Beliau juga sangat down to earth (merendah diri), peka, dan mengambil berat tentang sesuatu perkara. Semoga Allah Merahmati kita semua.


Majlis Penyerahan Tugas "Program Amanjaya Internship 2013"

Pada 9 Julai 2013 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Tugas bagi Program Amanjaya Internship 2013 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie. Beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Seramai 31 orang pelatih yang telah menerima penyerahan tugas tersebut dan ditempatkan ke 31 DUN seluruh Negeri Perak. Program ini merupakan salah satu yang terkandung dalam "Akujanji" Barisan Nasional Negeri Perak yang ingin memberi ruang kepada golongan mahasiswa khususnya untuk mengetahui dan mempelajari selok belok dunia politik disamping menimba pengalaman yang berharga.


31 peserta Amanjaya Internship bergambar bersama YB Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie (tengah).




Penyerahan watikah perlantikan 


Saya telah ditempatkan untuk berkhidmat di DUN Lubok Merbau iaitu bersama YB Dato Siti Salmah Mat Jusak.